Ada masanya, saya rasakan langkah ini berat untuk meneruskan perjuangan di kehidupan yang masih bersisa. Terasa hilang seluruh jiwa dan hati yang selama ini dibina.
Sejak sekelian lama saya mencari akan Islam ini. Agama yang saya pegang sejak lahir. Namun saya melihat ramai yang bahagia bersama dalam perjuangan Islam. Semakin hari saya belajar tentang agama ini.
Saya cuba mendidik hati untuk sentiasa pada landasan perjalanan seorang muslim. Hingga suatu saat, saya terasa begitu nikmat dalam solat dan kehidupan seharian. Satu perasaan yang tak dapat digambarkan.
Ilmu yang dicari terlalu cetek. Namun saya terapkan di hati ini.
Jujur. Ada tikanya perjalanan ini terasa berat. Wujudnya ujian bertimpa timpa. Yang mematahkan semangat yang dibina selama ini.
Hingga waktu itu saya menangis sendirian. Saya sedar diri saya banyak kesilapan yang harus dibaiki. Saya memerlukan sokongan dari semua insan di sekeliling.
Tetapi tak semua yang mampu memberi kata positif. Hingga akhirnya saya terpedaya dengan kata kata mereka. Saya merasakan kesilapan seharian yang saya buat terlalu berat hingga Allah tak mahu terima saya.
Saya menangis. Langkah ini terlalu berat.
Sungguh saya tidak punya Tuhan lain melainkan Allah.
Saya berharap akan ada sibar dihujung jalan ini buat saya.
Comments
Post a Comment