Skip to main content

Berharap Untuk Selalu Bahagia

Di perjalanan kehidupan ini, aku berharap untuk selalu merasa bahagia. Andai tidur malam aku dihiasi dengan tangisan. Aku berharap sebelum terbit fajar itu, tangisan dan kesedihan itu sudah lenyap. Namun tidak semua yang di impikan menjadi kenyataan.

Dalam solat di subuh hari itu, aku meletakkan segala pergantungan padaNya. Mengharap belas dariNya dan di ketika itulah ketenangan itu wujud. Tidak mampu untuk aku gambarkan ketenangan itu. Nafas yang dihela disaat ayat sucinya meniti dibibir begitu tenang dirasakan.

Itu lah nikmat dariNya. Diwaktu itu juga aku merasakan tidak mahu berganjak dari solat itu. Ya Rabb, sesungguhnya hamba belum mencintai Mu sepenuh hati ini. Namun Engkau memberi peluang untuk aku merasakan nikmat yang membuatkan aku tenang dan bahagia ini.

Dan nikmat yang manakah lagi untuk aku dustakan sebagai hambaMu?

Mehnah dan tribulasi seringkali datang menjenguk. Tapi kita lupa, disaat itu juga, Dia menantikan kita untuk berpaut hanya padaNya.

Aku berharap untuk bahagia. Namun, Engkau biarkan aku dalam tangisan air mata. Aku sangka Engkau tidak mahu memberi aku bahagia.

Tapi aku silap. Aku lupa. Bahagia itu lebih dimaknai setelah keringnya air mata, setelah hilang segala perit ini.

Comments

Popular posts from this blog

Bila Langkah Terasa Berat

Ada masanya, saya rasakan langkah ini berat untuk meneruskan perjuangan di kehidupan yang masih bersisa. Terasa hilang seluruh jiwa dan hati yang selama ini dibina. Sejak sekelian lama saya mencari akan Islam ini. Agama yang saya pegang sejak lahir. Namun saya melihat ramai yang bahagia bersama dalam perjuangan Islam. Semakin hari saya belajar tentang agama ini. Saya cuba mendidik hati untuk sentiasa pada landasan perjalanan seorang muslim. Hingga suatu saat, saya terasa begitu nikmat dalam solat dan kehidupan seharian. Satu perasaan yang tak dapat digambarkan. Ilmu yang dicari terlalu cetek. Namun saya terapkan di hati ini. Jujur. Ada tikanya perjalanan ini terasa berat. Wujudnya ujian bertimpa timpa. Yang mematahkan semangat yang dibina selama ini. Hingga waktu itu saya menangis sendirian. Saya sedar diri saya banyak kesilapan yang harus dibaiki. Saya memerlukan sokongan dari semua insan di sekeliling. Tetapi tak semua yang mampu memberi kata positif. Hingga

When They Sick

As a human being, sickness or illness is normal issue that will comes and goes without you expect when the times will comes or when it will goes. But to see your beloved people either your mum, dad, your sisters or brothers in sickness is something that we really dont want it to happen.   I want to ask you.Who you are to complaint all that moment? No. We dont have anything to complaint.