Dalam kehidupan kita, banyak pilihan yang kita punya dan perjalanan hidup ini kadangkala terhenti di satu titik yang tidak pernah kita jangka. Bermula dari titik itu, kita akan menempuh satu fasa kehidupan yang baru.
Setelah lima tahun bekerja di sebuah syarikat, mungkin sudah tiba masanya untuk saya angkat kaki dan mencari kehidupan yang baru. Keputusan yang dibuat agak mencabar kerana saya tidaklah mempunyai persiapan yang cukup untuk kehidupan seterusnya.
Namun saya percaya setiap apa yang terdetik dihati kita adalah datang dariNya. Dan kepadaNya jualah saya menyerahkan urusan hidup ini.
Rasanya saya perlu mengorak langkah untuk mencari rezeki yang lebih luas.
Oleh kerana beberapa faktor, saya memilih untuk berhenti kerja. Suasana kerja yang tak harmoni seperti dulu, pengurusan yang makin tempang dan ketulusan sesama sendiri sudah tidak wujud. Rakan yang lain juga ada yang angkat kaki.
Jadi tanpa berfikir panjang, saya turut bersama mereka. Mungkin inilah kesempatan untuk saya menimba ilmu baru, pengalaman baru dan mudah mudahan jalan ini akan menemui kejayaan suatu hari nanti dunia dan akhirat.
Di dunia mudah mudahan dapat bermanfaat pada orang sekeliling terutamanya keluarga dan yang terdekat dengan saya.
Walau dipertikaikan oleh orang lain akan keputusan ini, saya benar benar berharap padaNya, akan adanya cahaya disebalik kehidupan yang baru ini.
Comments
Post a Comment