Skip to main content

Terima kah Taubat?

Setiap manusia dalam hidup ini akan sentiasa melakukan kesilapan. Tidak terkecuali seorang pun di antara kita. 
.
Sampai di satu tahap, kita tidak tahu arah mana lagi yang hendak kita tuju. Terhenti seketika perjalanan ini.
.
Kita berhijrah fizikal dan juga rohani. Banyak yang kita pelajari. Sehingga akhirnya kita merasa tenang di saat bersama Nya.

.
Dalam solat kita menangis. Dalam solat kita rasa seronok bersama denganNya. Seolah olah kita bercakap dihadapanNya. Subhanallah! Indah sungguh rasa tersebut. Sehingga mengalir air mata ini.
.
Namun perjalanan ini tidak mudah. Tidak pula sekali kali tanpa ujian tersendiri.
.
Pernah dulu kita rebah dan kita bangkit.
.
Namun hari ini kita rebah lagi. Tohmahan hamba hamba Allah yang lain cukup membuat kita seolah olah di hentam dengan hebatnya. Mengalir lagi air mata. Kata kata mereka seolah olah sudah tiada ruang untuk kita berkasih sayang denganNya. Seolah olah kita tersungkur selamanya..
.
Di waktu itu kita tertanya tanya, di manakah kita sebenarnya? Sudikah Dia mendengar doa dan luahan hati kita? Terimakah Dia akan taubat kita? Terimakah Dia akan solat kita yang tak seberapa?
.
Tangisan sendu itu sering menghiasi malam malam kita. Tidak sama sekali kita harapkan kita ini jadi manusia yang mulia di mata manusia. Tidak pula kita berhijrah kerana mereka semua.
.
Kita menangis sepuas hati. Kerana kita takut kita di murkai Nya. Kita takut kita kehilanganNya. Kita takut kita di campak jauh dari Nya.
.
Sedangkan hidup ini, hanya padaNya tempat pergantungan yang paling utuh yang kita punyai. 
.
Itulah segala rasa di saat hati mula mahu berputus asa.
.
Namun. Tegarkah kita untuk rebah begitu sahaja?
.
Genggamlah azam dengan penuh tekad untuk tidak kembali di masa silam. 
.
Bersangka baiklah padaNya. Luahkan lah segala isi hati kepadaNya. Dia Maha Baik. 
.
Ya Rabb. Kami cintakan Mu. Kami tidak tahu sebesar apa rasa sayang kami ini kepada Mu. Tapi kami benar benar tidak mahu menjauh dari Mu. Jangan Engkau jadikan kami hambaMu yang angkuh. Jangan jadikan kami hambaMu yang terlepas dari kasih dan rahmatMu. Jangan Engkau jadikan kami ini anak anak yang derhaka. Ya Rabb. Kami rindu padaMu. Kami ingin bertemu Mu. Bantulah kami dengan jalan yang Engkau redhai. 
.
Jangan pernah berputus asa akan rahmatNya. RahmatNya cukup luas untuk setiap hambaNya tanpa mengira siapa hambaNya itu.

Bangkitlah...






Comments

  1. Pernah satu masa dulu, rasa down sangat. Call mama, dia cakap pegi solat minta Allah bagi petunjuk, memang rasa tenang lepas amik wuduk tu.

    ReplyDelete
  2. Pedulikan mereka2 yg menghentam, yang penting kita ikhlas untuk baiki diri dan teruskan maju kehadapan. Allah maha mengampuni, dan hanya Dia yang layak untuk judge hamba2Nya. Teruskan berdamping denganNya, insyaAllah akan kita jumpa ketenangan dan kekuatan untuk terus berdiri dan melangkah kedepan tu okay. ❤️

    ReplyDelete
  3. hidup kita jangan pernah puaskan manusia.sebab manusia sentiasa mencari kesalahan diri kita.tapi hiduplah semata2 kerana Allah insyaallah perjalanan hidup kita akan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  4. hidup umpama bola ada masa kita kat atas ada masa kita kat bwah...bila kita berjaya rajin2 tgk belakang bantu yg memerlukan...insyallah amalan kita akan sentiasa bertambah nanti

    ReplyDelete
  5. Rawlins always feel begini. Mendekatkan diri denganNya insyaAllah menyejukkan hati dan jiwa.

    ReplyDelete
  6. Doa is power. Saya sangat yakin solat dan doa sahaja yang boleh membantu tatkala dalam kesusahan& kesulitan

    ReplyDelete
  7. Kisah silam biar lah menjadi sejarah , nak delete tak mampu to sebolehnya lupakan dan move on

    ReplyDelete
  8. Pernah satu masa, sis berputus asa sgt dlm kehidupan sis, tak nak keluar rumah langsung, terperuk dlm bilik beberapa bulan. Akhirnya yg memberi ketenangan dan kekuatan adalah bila kita dekatkan diri pada NYA...barulah jiwa kembali tenang dan boleh terima kenyataan hidup.

    ReplyDelete
  9. Yup..dekatkan diri dengan Allah adalah cara yang bukan hanya dapatkan ketenangan malah menjadikan diri kita seorang yang kuat. Allah turunkan kita ujian kerana Allah rindukan suara rintihan hamba-hambaNya

    ReplyDelete
  10. Hidup bukan mudh tapi jangan mengalah .Sentiasa sabar Dan reda dengan apa jadi. Teruskan hidup Dan be strong

    ReplyDelete
  11. Sering kali kita lari dari Allah kerana kita rasakan dosa kita banyak. Sedangkan Allah maha pengampun. Syaitan membisikkan keraguan dalam dada kita supaya pergi jauh dari rahmat Allah.

    Bukankan sangkaan Allah pada kita bergantung pada sangkaan kita padaNya?

    ReplyDelete
  12. Kita selalu ada rasa macam ni - tiba2 down sgt. Lps tu cepat2 bangkit dan refleks diri. Positif dengan keadaan sekeling, yakin Allah sentiasa ada.

    ReplyDelete
  13. Bila kita sedih, bila kita rasa kosong,bila kita rasa gelisah, hanya Allah la tempat mengadu. Mengadu sepuas puasnya.. In shaa Allah akan datang rasa yang sangat sangat tenang untuk teruskan kehidupan.

    ReplyDelete
  14. Kan...biasa lah..idup ni mesti ada up and down...
    Kita manusia yg hina ja..mesti ada buat silap...
    Bila buat silap kena cepat2 sedar dan mnta maaf...
    Dan perbaiki diri sendiri...
    Kita pun xtau berapa lama kita bernafas di bumi milik Nya ini kan

    ReplyDelete
  15. insyaAllah taubat akan diterima..insaf dan bertaubatlah sungguh-sungguh

    ReplyDelete
  16. Memang akan rasa down dan stress..tapi jangan lakukan perkara yang tak sepatutnya..Allah sentiasa ada dengan kita..selalu dekat dengannya, teruskan hidup dengan gembira..caribkawan,pergi jalan2

    ReplyDelete
  17. sometimes Allah allowed us to fall because there is something down there we are supposed to find. Have faith and keep optimist.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bila Langkah Terasa Berat

Ada masanya, saya rasakan langkah ini berat untuk meneruskan perjuangan di kehidupan yang masih bersisa. Terasa hilang seluruh jiwa dan hati yang selama ini dibina. Sejak sekelian lama saya mencari akan Islam ini. Agama yang saya pegang sejak lahir. Namun saya melihat ramai yang bahagia bersama dalam perjuangan Islam. Semakin hari saya belajar tentang agama ini. Saya cuba mendidik hati untuk sentiasa pada landasan perjalanan seorang muslim. Hingga suatu saat, saya terasa begitu nikmat dalam solat dan kehidupan seharian. Satu perasaan yang tak dapat digambarkan. Ilmu yang dicari terlalu cetek. Namun saya terapkan di hati ini. Jujur. Ada tikanya perjalanan ini terasa berat. Wujudnya ujian bertimpa timpa. Yang mematahkan semangat yang dibina selama ini. Hingga waktu itu saya menangis sendirian. Saya sedar diri saya banyak kesilapan yang harus dibaiki. Saya memerlukan sokongan dari semua insan di sekeliling. Tetapi tak semua yang mampu memberi kata positif. Hingga

When They Sick

As a human being, sickness or illness is normal issue that will comes and goes without you expect when the times will comes or when it will goes. But to see your beloved people either your mum, dad, your sisters or brothers in sickness is something that we really dont want it to happen.   I want to ask you.Who you are to complaint all that moment? No. We dont have anything to complaint.

Berharap Untuk Selalu Bahagia

Di perjalanan kehidupan ini, aku berharap untuk selalu merasa bahagia. Andai tidur malam aku dihiasi dengan tangisan. Aku berharap sebelum terbit fajar itu, tangisan dan kesedihan itu sudah lenyap. Namun tidak semua yang di impikan menjadi kenyataan. Dalam solat di subuh hari itu, aku meletakkan segala pergantungan padaNya. Mengharap belas dariNya dan di ketika itulah ketenangan itu wujud. Tidak mampu untuk aku gambarkan ketenangan itu. Nafas yang dihela disaat ayat sucinya meniti dibibir begitu tenang dirasakan. Itu lah nikmat dariNya. Diwaktu itu juga aku merasakan tidak mahu berganjak dari solat itu. Ya Rabb, sesungguhnya hamba belum mencintai Mu sepenuh hati ini. Namun Engkau memberi peluang untuk aku merasakan nikmat yang membuatkan aku tenang dan bahagia ini. Dan nikmat yang manakah lagi untuk aku dustakan sebagai hambaMu? Mehnah dan tribulasi seringkali datang menjenguk. Tapi kita lupa, disaat itu juga, Dia menantikan kita untuk berpaut hanya padaNya. Aku berharap unt