Di perjalanan kehidupan ini, aku berharap untuk selalu merasa bahagia. Andai tidur malam aku dihiasi dengan tangisan. Aku berharap sebelum terbit fajar itu, tangisan dan kesedihan itu sudah lenyap. Namun tidak semua yang di impikan menjadi kenyataan. Dalam solat di subuh hari itu, aku meletakkan segala pergantungan padaNya. Mengharap belas dariNya dan di ketika itulah ketenangan itu wujud. Tidak mampu untuk aku gambarkan ketenangan itu. Nafas yang dihela disaat ayat sucinya meniti dibibir begitu tenang dirasakan. Itu lah nikmat dariNya. Diwaktu itu juga aku merasakan tidak mahu berganjak dari solat itu. Ya Rabb, sesungguhnya hamba belum mencintai Mu sepenuh hati ini. Namun Engkau memberi peluang untuk aku merasakan nikmat yang membuatkan aku tenang dan bahagia ini. Dan nikmat yang manakah lagi untuk aku dustakan sebagai hambaMu? Mehnah dan tribulasi seringkali datang menjenguk. Tapi kita lupa, disaat itu juga, Dia menantikan kita untuk berpaut hanya padaNya. Aku berharap unt...